Majlis Penyampaian Hadiah Program Pendidikan Kelestarian LA21 Bagi Tahun 2023 di Kawasan MBJB dan Pelncaran Program Pendidikan Kelestarian MBJB Bagi Tahun 2024

Isnin, 5 Ogos 2024 | Dewan Kenanga, Menara MBJB

MBJB telah melaksanakan Majlis Penyampaian Hadiah Program Pendidikan Kelestarian LA21 bagi tahun 2023 di kawasan MBJB dan pelancaran Program Pendidikan Kelestarian MBJB bagi tahun 2024.

Program yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2023 ini melibatkan penyertaan 83 sekolah rendah dan 37 sekolah menengah di kawasan MBJB. Dalam program ini MBJB memperuntukkan hadiah terkumpul sebanyak RM501,000.00 untuk dimenangi oleh sekolah-sekolah Pelbagai kategori yang ditawarkan termasuklah:

1. Program Pertandingan Kitar Semula Minyak Masak Terpakai (Kategori Khas)

2. Program Pertandingan Kitar Semula Bahan Terpakai (Kategori Khas)

3. Program kerjasama penggunaan sisa kompos yang dihasilkan yang boleh digunakan di kebun sekolah.

4. Program Pertandingan Penjimatan Air (Kategori Khas)

5. Program Pertandingan Penjimatan Elektrik (Kategori Khas)

6. Program Pertandingan Guru Lestari

7. Program Pertandingan Sekolah Showcase Program Kelestarian Pendidikan

8. Program Sekolah Transisi Program Kelestarian Pendidikan

9. Program Sekolah Baru Program Kelestarian Pendidikan

Sesi pengauditan program kelestrian sekolah ini telah dilaksakan pada 28 Januari 2024 hingga 31 Januari 2024 oleh pihak MBJB, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Universiti Teknologi Malaysia. Hasil dari program yang dijalankan ini, MBJB telah berjaya mengumpul 192,259.80kg bahan kitar semula melibatkan 49 buah sekolah. Dari segi penjimatan air pula, MBJB telah berjaya menjimatkan sebanyak RM237,827.20 melibatkan 49 buah sekolah. MBJB juga telah meningkatkan pengurangan karbon dari 313,934 kg pada tahun 2022 kepada 459,632 kg pada tahun 2023. Peningkatan prestasti pengurangan karbon bagi komuniti sekolah ini adalah lebih tinggi berbading sekolah-sekolah di kawasan-kawasan lain di dalam Johor Bahru.

Bagi tahun 2024, beberapa kriteria lain akan turut ditambah termasuklah kriteria Guru Besar & Pengetua Lestari sebagai penghargaan kepada mereka yang turut menggerakkan program-program berbentuk kelestrian di peringkat sekolah.

Hadiah yang diberikan ini akan digunakan oleh pihak sekolah bagi tujuan program-program dan aktiviti kelestarian di peringkat sekolah dan seterusnya merancakkan agenda rendah karbon di kawasan Johor Bahru. MBJB akan terus melaksanakan program pendidikan kelestrian setiap tahun dalam memastikan agenda pemuliharaan alam sekitar, persekitaran dan kesihatan awam akan terus menjadi agenda utama ke arah menjadi sebuah bandar yang berdaya huni dan mampan.

Program Kelestarian

Program Kelestarian

Program Kelestarian