500 Anak Pokok Bakau Ditanam Di Pesisir Sungai Tebrau, Johor Bahru

Ahad, 20 Oktober 2024 | Sebanyak 500 anak pokok bakau dan api-api ditanam di pesisir Sungai Tebrau, Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, dalam Program Penanaman Pokok Bakau anjuran Jawatankuasa Pengindahan dan Keceriaan LA21 MBJB dengan kerjasama CIMB Foundation sebagai penaja utama, Jabatan Perhutanan Negeri Johor serta komuniti Zon Bakar Batu.

Program ini bertujuan meningkatkan lagi kepelbagaian spesisi flora dan fauna di kawasan Sungai Tebrau, mengurangkan risiko abrasi dan tanah runtuh serta menghijaukan dan memulihara ekosistem persisiran Sungai Tebrau.

Hadir menjayakan program ini ialah Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, Setiausaha MBJB selaku wakil rasmi Datuk Bandar Johor Bahru, Tuan Haji Abu Talib bin Alias, Ahli Majlis Zon Bakar Batu merangkap Pengerusi JK Pengindahan dan Keceriaan LA21 MBJB, Y. Bhg. Dato' Haji A. Aziz bin Ahmad, Ketua Whip MBJB, Y. Bhg. Datuk Yahya bin Jaafar, Pengerusi JK Kerjasama Awam dan Swasta MBJB, Encik Akmal Hisham bin Aziz, Pengarah dan Ketua Bahagian Kementerian Kewangan Dan Kerajaan Negeri (Liputan Sektor Awam, Kumpulan Perbankan Borong) CIMB Berhad, Puan Hajah Ir. Nazatul Shima binti Mohamad Timbalan Setiausaha MBJB, Encik Ahmad Meseiry bin Abdul Hakim Amir Pegawai Hutan Daerah Johor Selatan, serta para pegawai MBJB, CIMB Bank dan Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

Bersama kita sayangi dan pelihara sungai di bandar raya Johor Bahru.

Penanaman Pokok BakauPenanaman Pokok Bakau

Penanaman Pokok Bakau