Lawatan Penandaarasan Perbadanan Labuan Ke MBJB

Isnin, 21 Oktober 2024 | Rangkuman gambar sekitar lawatan penandaarasan dari Perbadanan Labuan di Menara MBJB semalam.

Delegasi diketuai Encik Vickson E Tabak, Arkitek Landskap Perbadanan Labuan, hadir bagi perkongsian maklumat dan pengalaman sistem aplikasi inventori pokok di MBJB.

Sesi penerangan kepada delegasi telah disampaikan oleh, LAr. Mustika Ally binti Zulkifli Pengarah Landskap MBJB dan Puan Gs. TPr. Nurazhani binti Bujang, Ketua Penolong Pengarah Sistem Maklumat Geografi (GIS) di Pejabat GIS, Aras 10 Menara MBJB. Turut sama-sama hadir ialah Encik Mokhzani bin Mislan, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan (Teknologi Maklumat) MBJB.

Terima kasih diucapkan kepada Perbadanan Labuan atas lawatan ke MBJB dan semoga kerjasama ini dapat diteruskan demi manfaat kedua-dua pihak.

Lawatan Penandaarasan

Lawatan Penandaarasan

Lawatan Penandaarasan