Dimaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri telah bersetuju memberi rebat 30% untuk bayaran cukai harta tahun 2024 ke atas kenaikan cukai bagi penguatkuasaan Senarai Nilaian dan Kadar Cukai Baru. Pemberian rebat ini tidak termasuk harta-harta Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan di bawah Sumbangan Membantu Kadar (SMK) dan Caruman Bantu Kadar (CBK).
Pemberian rebat 30 % ini tidak terlaksana kepada mana-mana pegangan yang cukai hartanya kekal, pegangan yang tiada kenaikan cukai atau mana-mana pegangan yang mengalami penurunan cukai daripada cukai tahun sebelumnya. Manakala tiada pengenaan denda kepada pemilik pegangan bagi bayaran taksiran Penggal Pertama Tahun 2024.