Datuk Bandar Johor Bahru dan Pegawai MBJB Terima Penghargaan PDRM

DATUK BANDAR JOHOR BAHRU & PEGAWAI MBJB TERIMA PENGHARGAAN PDRM

Selasa, 30 Julai 2024 | Tahniah YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, dan Ir. Choo Kok Wah, Penolong Pengarah Pengangkutan Bandar (Bahagian Lalulintas & Pengangkutan Bandar) merangkap Kommander Johor Bahru Integrated Operations Control Centre (JBIOCC), di atas penerimaan Sijil Penghargaan daripada Polis Diraja Malaysia.

Sijil Penghargaan ini telah disampaikan oleh YDH CP Tuan M Kumar A/L Muthuvelu, Ketua Polis Johor, di Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.

Penghargaan ini diberikan di atas kerjasama baik MBJB menerusi JBIOCC yang menyalurkan maklumat diperlukan PDRM dalam menyelesaikan kes-kes jenayah serta membantu usaha kawalan trafik di bandar raya Johor Bahru ini.

Penghargaan PDRM

Penghargaan PDRM