Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2024

Sempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2024, satu program anjuran bersama Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan Jawatankuasa Kesihatan dan Kesejahteraan LA21 Majlis Bandaraya Johor Bahru akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :-

Tarikh : 27 Ogos 2024 (Selasa)
Masa : 10.00 Pagi - 2.30 Petang
Tempat : Dewan Jubli Intan, Johor Bahru

Program akan dirasmikan oleh YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor.

Bagi yang berminat untuk menderma darah pada hari tersebut, boleh lah mendaftar melalui Kod QR yang disediakan. Cenderahati menarik bakal diterima oleh Penderma Darah yang berjaya. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 25 Ogos 2024 (Ahad).

Jumpa anda di sana.

'Meraikan Sambutan ke-20 Hari Penderma Darah Sedunia : Terima Kasih Penderma Darah!'

Sambutan Hari Penderma Darah

Sambutan Hari Penderma Darah