JB Neon Recreational Night x Decathlon City Night Run Ogos 2024 di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMYIC)

Jom kita meriahkan JB Neon Recreational Night x Decathlon City Night Run bulan Ogos 2024 pada Jumaat ini, 23 Ogos 2024, bermula jam 8.30 malam (pendaftaran mula 7.30 malam) di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) secara PERCUMA!

Sempena bulan kemerdekaan ini, anda digalakkan untuk memakai Baju Tema Merdeka dan 3 Hadiah Utama bakal menanti pemenang!

Anda juga berpeluang untuk mendapatkan 300 voucher Decathlon bagi mereka yang berjaya melaksanakan aktiviti di booth Decathlon.

Juga terdapat pelbagai aktiviti sukan dan riadah seperti berbasikal sejauh 20km, larian santai 5km, senamrobik, aktiviti pameran, jualan food truck dan lain-lain lagi.

Anda boleh menyertai aktiviti di bawah program Klinik JB Neon Care seperti program JBFit X IFITEr 2.0; bersama Wellness Hub dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim (YPKDT), klinik berhenti merokok dan klinik kesihatan mental.

Jangan lupa juga untuk membawa sampah kitar semula anda untuk tebus mata ganjaran dengan Kitarecycle (SWM Environment Sdn. Bhd.).

Semua ini PERCUMA?? Ya, kenapa perlu bayar?

Daftar sekarang di: https://apl.mbjb.gov.my/jbneon .

JB Neon