Perpustakaan

PERPUSTAKAAN SULTAN ISMAIL KINI DIBUKA KEPADA WARGA BANDAR RAYA

Perpustakaan Sultan Ismail (PSI) kini berwajah serba baharu, menarik dan selesa untuk para pengunjung. Warga bandar raya boleh meluangkan masa lebih-lebih lagi pada waktu cuti sekolah ini di PSI dan terokai pelbagai koleksi bahan bacaan yang disediakan sesuai untuk setiap peringkat umur.

Waktu operasi PSI adalah pada setiap hari kecuali Jumaat dan cuti umum bermula jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang.

PSI juga beroperasi di cawangan Kempas pada setiap hari kecuali Jumaat bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Cawangan Kampung Melayu pula telah menjadi Pusat Pertukaran Buku.

Jangan lupa untuk ikuti laman Facebook PSI di https://m.facebook.com/psimbjb/ serta layari laman sesawang PSI di https://psi.mbjb.gov.my/ atau hubungi PSI di talian 07-2391795 untuk sebarang maklumat lanjut.

Jom kunjungi PSI hari ini!