Lawatan Delegasi Changzhou Youth Activity Centre, People's Republic Of China Ke MBJB

Khamis, 25 Julai 2024 | Menara MBJB

MBJB telah menerima kunjungan delegasi dari Changzhou Youth Centre, People’s Republic of China, Khamis lalu bagi tujuan pengukuhan kerjasama 2 hala antara kedua-dua buah bandar raya serta perkongsian ilmu dalam aspek pendidikan, budaya dan sejarah antara Johor Bahru dan Changzhou.

Delegasi daripada bandar raya Changzhou ini terdiri daripada 33 pelajar Changzhou Youth Choir bersama 3 orang pegawai pengiring, dan diketuai oleh Mr. Wang Jun, Deputy Director of Changzhou International Exchange Centre. Dalam sesi lawatan tersebut, delegasi telah disambut oleh Encik Bong Seng Heng, Ahli Majlis MBJB Zon Stulang, selaku wakil rasmi Datuk Bandar Johor Bahru, bersama-sama Ahli-Ahli Majlis MBJB Encik Ng Yew Aik, Puan Chan San San, Cik Teow Chia Ling, Encik You Jeat Xiong, Encik Chong See Ming, Puan Ng Lied Ying, dan Sr. Dr. Ngoh Wei Ching.

Delegasi lawatan telah diberikan penerangan berkaitan latar belakang bandar raya Johor Bahru dan MBJB serta melawat Johor Bahru Integrated Operations Control Centre (JBIOCC), Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Johor Bahru dan SJK (C) Foon Yew 2.

Hubungan dua hala di antara MBJB dan bandar raya Changzhou ini telah dibentuk melalui pemeteraian kerjasama bandar berkembar (Sister Cities) pada tahun 2016 bagi kerjasama dalam pelbagai perkara seperti ekonomi, budaya, pendidikan, teknologi dan lain-lain lagi.

Lawatan

Lawatan

Lawatan