Majlis 'Clock-Out' Tuan Haji Fadzil bin Talib, Pengarah Perbendaharaan Majlis Bandaraya Johor Bahru

Rabu, 14 Ogos 2024 | Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru

Sekitar majlis 'clock-out' Tuan Haji Fadzil bin Talib, Pengarah Perbendaharaan Majlis Bandaraya Johor Bahru yang telah bersara pada 14 Ogos 2024.

Beliau memulakan tugas di Majlis Bandaraya Johor Bahru pada 1 Februari 1991 sehingga 14 Ogos 2024. Sepanjang perjalanan karier beliau selama 33 tahun 4 bulan 16 hari, banyak sumbangan, jasa dan bakti yang telah dicurahkan dalam pembangunan bandar raya Johor Bahru dan organisasi Majlis Bandaraya Johor Bahru secara khususnya dalam memastikan setiap hasil dan perbelanjaan yang diuruskan adalah berhemah dan sentiasa mematuhi peraturan kewangan sedia ada.

Beliau juga seringkali dijadikan pakar rujuk berkaitan prosedur dan pengurusan kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) oleh rakan-rakan sejawat di PBT dan juga agensi kerajaan yang lain. Beliau ialah seorang figura yang sangat disegani oleh ramai orang berikutan ilmu dan pengalaman yang sangat luas dalam bidang kewangan.

Pastinya, kenangan dan memori suka duka akan terus terpahat di hati dan sanubari seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Majlis Bandaraya Johor Bahru mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Haji Fadzil dan didoakan agar beliau sentiasa sihat dalam menempuh jilid baharu dalam kamus hidup beliau.

Selamat Bersara Tuan Haji Fadzil.

Majlis Clock Out

Majlis Clock Out