MBJB Lebarkan Kerjasama di Peringkat Antarabangsa Bersama City Of Shantou, The People's Republic Of China

Sabtu, 10 Ogos 2024 | Dewan Kenanga, Menara MBJB

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) melebarkan kerjasama di pentas antarabangsa melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU On Promoting Friendly Exchanges and Cooperation) bersama City of Shantou, Guangdong Province, The People's Republic of China, di Menara MBJB hari ini.

Menerusi pemeteraian MOU ini, MBJB dan City of Shantou akan bekerjasama dalam pelbagai aspek seperti pelancongan, pendidikan, pertukaran budaya, perdagangan, ekonomi, teknologi, seni dan lain-lain lagi.

Hadir menyambut ketibaan delegasi Shantou ini ialah YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, bersama-sama barisan Ahli Majlis, pengurusan tertinggi dan ketua-ketua jabatan MBJB.

Mengetuai delegasi City of Shantou ialah Mr. Wen Zhanbin, Party Secretary of Shantou Municipal Committee, bersama-sama Mr. Li Zhao, Vice Mayor of Shantou Municipal People’s Government, Mr. Li Hong Zhao Director of Shantou Foreign Affairs Bureau, Mr. Hong Yuehao Director of Shantou Overseas Chinese Affairs Bureau and Chairman of Shantou Overseas Chinese Federation serta para pegawai City of Shantou, the People's Republic of China

Untuk makluman warga bandar raya, tahun 2024 ini juga adalah ulang tahun ke-50 hubungan diplomasi antara Malaysia dan The People's Republic of China.

Memorandum

MemorandumMemorandum