Sembang Santai JB : Sepetang Bersama Dr. Ridwan Kamil, Kurator Ibu Kota Nusantara Indonesia

Jom saksikan secara langsung program Sembang Santai JB: Sepetang Bersama Dr. Ridwan Kamil, Kurator Ibu Kota Nusantara (IKN) Indonesia, menerusi FB live streaming pada Isnin, 5 Ogos 2024, jam 2.00 petang di Facebook Rasmi MBJB.

Dr. Ridwan Kamil adalah tokoh pembangunan bandar mampan yang tidak asing lagi di peringkat global. Menerusi pengalamannya sebagai mantan Walikota Bandung serta Gubernur Jawa Barat dan kini sebagai Kurator IKN Indonesia, pelbagai pengalaman, pengetahuan dan amalan terbaik beliau dalam aspek pembangunan bandar pintar dan lestari akan dikupas bersama dalam sesi Sembang Santai JB ini.

Program akan turut dibarisi oleh YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, sebagai panelis serta YBhg. Datuk Wira Sheikh Ahmad Nafiq Alfirdaous, Ahli Majlis MBJB Zon Bandar, sebagai moderator.

Sembang Santai