Lawatan Rasmi Dr. (H.C.) Mochamad Ridwan Kamil ST. MUD., Kurator Ibu Kota Nusantara, Ke Bandar Raya Johor Bahru dan Program 'Sembang Santai JB: Sepetang Bersama Dr. Ridwan Kamil'

Isnin, 5 Ogos 2024 | Menara MBJB

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menerima lawatan rasmi Dr. (H.C.) Mochamad Ridwan Kamil ST. MUD., Kurator Ibu Kota Nusantara (IKN) Republik Indonesia, di Menara MBJB.

Hadir menyambut ketibaan Dr. Ridwan Kamil ialah YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, bersama-sama barisan Ahli Majlis dan ketua-ketua jabatan MBJB.

Seusai kunjungan hormat ke Pejabat Datuk Bandar Johor Bahru, Dr. Ridwan Kamil turut dibawa melawat ke Johor Bahru Integrated Operations Centre (JBIOCC) sebelum beliau memberikan perkongsian ilmu, pengalaman dan pandangan dalam pembangunan bandar raya mampan dan pintar semasa program 'Sembang Santai JB' bersama-sama Datuk Bandar Johor Bahru dan Datuk Wira Sheikh Ahmad Nafiq Alfirdaous, Ahli Majlis MBJB Zon Bandar, selaku moderator.

Dr. Ridwan juga berkesempatan mengadakan 'walkabout' di sekitar Legaran Segget dan ke Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Johor Bahru.

Untuk makluman warga bandar raya, Dr. Ridwan Kamil adalah merupakan tokoh pembangunan bandar mampan yang tidak asing lagi di peringkat global. Menerusi pengalamannya sebagai mantan Walikota Bandung serta Gubernur Jawa Barat dan kini sebagai Kurator Ibu Kota Nusantara, Republik Indonesia, pelbagai pengalaman, pengetahuan dan amalan terbaik beliau dalam pembangunan bandar pintar dan lestari telah dikongsikan bersama dalam sesi lawatan rasmi dan program Sembang Santai JB hari ini. Semoga hubungan dua hala ini terus kukuh dan produktif untuk manfaat bersama.

Lawatan Rasmi

Lawatan Rasmi

Lawatan Rasmi