MBJB Terima Anugerah Johor Smart City Award 'Best Smart City Initiative ' 2024

Selasa, 6 Ogos 2024 | Persada Johor International Convention Centre

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) hari ini menerima anugerah Johor Smart City Award 'Best Smart City Initiative - Government Agency Category' di Johor Smart City Day 2024 bagi inisiatif pembangunan Johor Bahru Integrated Operations Control Centre (JBIOCC).

Anugerah telah disampaikan oleh YB Dato' Haji Mohd. Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Semoga JBIOCC terus menjadi impetus pembangunan bandar raya pintar, mampan dan selamat serta menambahbaik aspek penggubalan dasar-dasar pembangunan berdasarkan analisa data yang sistematik.

Best Smart City Initiative

Best Smart City Initiative

Best Smart City Initiative