Program Semarak Merdeka Bersempena Dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan 2024

Khamis, 15 Ogos 2024 | Angsana Johor Bahru Mall

Program Semarak Merdeka telah berlangsung selama 3 hari bertempat di Angsana Johor Bahru Mall bermula 13 Ogos 2024 lalu dengan pelbagai pengisian seperti Pertandingan Kawad Kaki Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Piala Datuk Bandar Johor Bahru, Pertandingan Pementasan Mini Teater STEM, Pertandingan Didik Hibur Kad ASK, Pidato, Bercerita, Deklamasi Sajak, Dendangan Syair, Reka bentuk Doodle Setem Pos, kreativiti "one page exhibit" (poskad), dan Pertandingan Bicara Beriama Sekolah Rendah dan Menengah Daerah Johor Bahru.

Turut diadakan ialah pameran dan jualan daripada pelbagai agensi kerajaan seperti UTM, UTHM, UNIKL, PPAJ, Pos Malaysia, Persatuan Pengumpul Setem dan lain-lain lagi.

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Bicara Berirama Sekolah Rendah dan Menengah Daerah Johor Bahru telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Yahya bin Jaafar, Ahli Majlis MBJB Zon Bandar Baru selaku wakil rasmi Datuk Bandar Johor Bahru. Turut bersama hadir dalam majlis penyampaian hadiah pada hari ini ialah YBhg. Datuk Haji Abd Rashid bin Kasman, Ahli Majlis MBJB Zon Kempas; Encik Abdul Gafar bin Sudin Ahli Majlis MBJB Zon Larkin; Encik Mohd Suhaimi bin Mohd Sanusi Ketua Penolong Pengarah Kanan JPNJ;

Encik Hishamuddin bin Abd Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah; Encik Imran bin Salleh, Ketua Pegawai Operasi, UDA Angsana Sdn. Bhd; dan Tuan Haji Saliman bin Selamat, Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru serta pegawai-pegawai MBJB, Dewan Bahasa dan Pustaka wilayah Selatan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru serta agensi kerajaan lain.

Syabas, tahniah dan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh barisan urusetia MBJB, DBP Wilayah Selatan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Angsana Johor Bahru Mall, Persatuan STEM Kebangsaan, Pertubuhan Guru Perpustakaan dan Media Malaysia, Pos Malaysia, dan seluruh agensi yang terlibat dalam menjayakan Program Semarak Merdeka 2024 ini.

Keputusan Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah Johor Bahru:

Kategori Sekolah Rendah:

1. Johan – SK Nusa Perintis
2. Naib Johan – SK Kg Maju Jaya
3. Tempat Ke-3 – SK Taman Sutera

Kategori Sekolah Menengah:

1. Johan – SMK IJ Convent Johor Bahru
2. Naib Johan – SMK Sultanah Engku Tun Aminah
3. Tempat Ke-3 – Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru

Tahniah diucapkan kepada pemenang!

 

Program Semarak Merdeka

Program Semarak Merdeka